Masjid Nasiruddin Shah, Kg. Raja, Besut

Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja terletak di Kampung Raja, Mukim Kampung Raja, Besut pada awalnya dibina pada tahun 1927 oleh Raja yang ada di kampung pada ketika itu.

Masjid tersebut dibina berdekatan dengan istana di tepi Sungai Besut dan dikenali dengan Masjid Kampung Raja. Pada tahun 1964, masjid baru telah dibina di tengah-tengah kawasan Kampung Raja iaitu di tepi jalan besar bagi menampung jumlah penduduk kampung yang kian bertambah. Masjid tersebut mampu menampung 500 orang jemaah.

Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 28 Jun 1965 bersamaan 29 Safar 1385 dan dikenali sebagai Masjid Nasiruddin Shah. Pada awal tahun 1980, Kerajaan Negeri telah melantik Konsultan Wan Sulaiman bekas arkitek JKR Terengganu untuk merekabentuk masjid tersebut. Masjid baru ini dibina di atas tanah milik kerajaan dengan keluasan 3 ekar dan diperuntukkan kos pembinaan sebanyak RM1.5 juta.

Setelah siap, masjid baru ini telah mengalami kebocoran hampir 70% dan dalam masa yang sama JKR telah dipertanggungjawab untuk membaikinya. Peruntukan untuk membaikpulih semula masjid ini menelan belanja sebanyak RM1.2 juta. Masjid ini boleh menampung seramai 3000 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Sumber info dari: emasjid.terengganu.gov.my .

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by